Ahad, 29 Mei 2022

CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1, MESYUARAT AGUNG PIBG, PENTAKSIRAN DAN HARI JALINAN MESRA

 Assalamualaikum wbt....


Yang dihormati,
Ibu bapa/penjaga murid dan guru-guru
SK Dato' Abu Bakar Baginda. 

CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1, MESYUARAT AGUNG PIBG, PENTAKSIRAN DAN HARI JALINAN MESRA

Dengan hormatnya saya merujuk perkara-perkara di atas. 

2. Berikut disenaraikan tarikh-tarikh penting untuk makluman tuan/puan;

2.1 Cuti Penggal 1
 04.06.2022 - 12.06.2022

2.2 Pentaksiran Setara
20.06.2022 - 24.06.2022

2.3 Mesyuarat Agung PIBG secara hybrid
25.06.2022

2.4 Hari Jalinan Mesra secara bersemuka
15.07.2022 

3.0 Sehubungan itu, pihak sekolah mengharapkan masa cuti ini digunakan sebaiknya untuk pemantapan rohani seperti memperbetulkan perlakuan serta bacaan dalam solat dan membaca Al-Quran di samping pengukuhan dalam semua mata pelajaran.

Sekian.Terima kasih. 

Saya yang menjalankan amanah;

Guru Besar
SK Dato' Abu Bakar Baginda
31.05.2022


#semogadijauhiCovid19
#kitajagakita

#Allahjagakita

Selasa, 19 April 2022

 Assalamualaikum wbt.

Yang dihormati,
Ibu bapa/penjaga murid 
SK Dato' Abu Bakar Baginda. 

CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Sukacita dimaklumkan sekolah akan bercuti mulai hari Sabtu, 30.04.2022 hingga 08.05.2022. 

2. Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin, 09.05.2022
 
Sekian.Terima kasih. 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin". 

Saya yang menjalankan amanah;
Guru Besar
SK Dato' Abu Bakar Baginda
18/4/2022

#semogadijauhiCovid19
#Allahjagakita

#kitajagakita

Isnin, 4 April 2022

Assalamualaikum wbt. Salam Ramadan Kareem.

Yang dihormati
Ibu bapa/penjaga
Murid Tahun 1 hingga Tahun 6

WAKTU PERSEKOLAHAN BULAN RAMADAN TAHUN 1443H

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Berikut adalah waktu persekolahan sesi petang sepanjang Bulan Ramadan ini yang berkuatkuasa mulai 04 April  hingga 02 Mei 2022 

Hari Isnin dan Selasa:
1. Waktu mula : 12.50 tengah hari.
2. Waktu pulang : 5.30 petang.

Hari Rabu dan Khamis:
1. Waktu mula :  1.20 tengah hari.
2. Waktu pulang : 5.30 petang.

Hari Jumaat:
1. Waktu mula : 2.20 petang
2. Waktu pulang: 5.30 petang.

3. Waktu persekolahan sesi pagi adalah seperti biasa

Segala kerjasama serta keperihatinan  yang diberikan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Salam hormat;

Guru Besar
SK Dato' Abu Bakar Baginda.

02.04.2022 

Selasa, 15 Mac 2022

Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia,

Yang dihormati,
Ibu bapa/penjaga murid 
Tahun 6
SK Dato' Abu Bakar Baginda. 

PENYERAHAN BUKU TEKS TAHUN 6 (2022)

Sukacita dimaklumkan penyerahan pinjaman buku teks akan di adakan pada ketetapan berikut;

Tarikh:   18/3/2022 (Jumaat)
Masa:     9.30 pg - 12.00 t/hari
Tempat: Bilik RBT/Bilik SPBT

2. Hanya seorang sahaja dibenarkan hadir utk mengambil buku tersebut, sama ada murid atau ibu bapa.

3. Sila imbas kod MySejahtera di pondok pengawal sebelum memasuki kawasan sekolah.Pemakaian mask adalah diwajibkan.

4. Individu yang positif atau kontak rapat Covid-19 tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

5. Buku-buku teks perlu dibalut sebelum digunakan.

Sekian.Terima kasih. 

Saya yang menjalankan amanah;

Guru Besar
SK Dato' Abu Bakar Baginda
13.03.2022

Isnin, 7 Mac 2022

Assalamualaikum wbt..

Yang dihormati 

Ibubapa/penjaga

Murid SKDABB

KEBENARAN "PARKING" KENDERAAN DALAM KAWASAN SEKOLAH UNTUK URUSAN MEMBELI BUKU DAN URUSAN DI PEJABAT

Bagi kemudahan tuan/puan, kenderaan dibenarkan "parking" dalam kawasan sekolah untuk tujuan di atas sehingga hari Rabu, 16.03.2022 sahaja. 

2. Tuan/Puan diingatkan supaya memakai pelitup muka dan ke pondok kawalan keselamatan untuk mengimbas My Sejahtera sebelum ke Kedai Buku. 

*maklumat tambahan..Pastikan ibubapa/penjaga tidak bergejala

Harap maklum. Terima kasih.

Salam hormat, 

Guru Besar

SKDABB

08.03.2022

Ahad, 6 Mac 2022

Assalamualaikum wbt..

Yang dihormati 

Ibubapa/penjaga

Murid SKDABB

Dimaklumkan bahawa Sesi baharu persekolahan 2022/2023 akan bermula pada 21.03.2022 (Isnin)

2. TIADA PENGGILIRAN

Pra sekolah

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 6

Semua murid yang dapat RMT

3. BERGILIR 

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

4. Senarai nama Kumpulan A dan Kumpulan B serta Jadual Giliran akan dimaklumkan sebelum sesi persekolahan bermula.

Harap maklum. Terima kasih.


Salam hormat, 

Guru Besar

SKDABB

07.03.2022